Saturday, November 17, 2012

KenaliDr M. Saeed Ramadan Al Bouti dgn lebih dekat.




Beliau merupakan seorang ulamak tersohor pada hari ini...beliau sangat mendalamai ilmu-ilmu islam dalam pelbagai bidang.....kuliah2 agama beliau boleh diikuti dalam web rasmi beliau yaitu http://naseemalsham.com/ar/Pages.php?page=readFatwa&pg_id=36129&back=8928...Perlu dingatkan, beliau tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana web lain yang menyiarkan apa-apa yang berkaitan dengan beliau.
   Bagi kaum muslimin dan muslimat yang ingin mendalami ilmu tauhid berdasarkan manhaj khalaf, ulamak ini ada mengarang sebuah buku yang berjudul شرح كتاب كبرى اليقينيات الكونية..di samping itu beliau juga telah menghuraikan buku ini melalui beberapa siri ceramah beliau yag boleh dikuti melaui http://naseemalsham.com/ar/Pages.php?page=readLesson&pg_id=432&page1=lessons.

Akhir sekali, setelah saya mengikuti ceramah-ceramah beliau, saya amat kagum dengan kealimannya dalam bidang ilmu ugama..Dalam masalah tauhid contohnya, dengan ilmu beliau yang tinggi dan mantap itu, beliau telah cuba menyatukan kedua-dua pendapat antara salaf dan khalaf dan mencari titik persamaam antara kedua-dua belah pihak...Mengikut pendapat beliau; salaf dan khalah adalah bersamaan dari segi matlamatnya dalam beriman kepada Allah. Salaf dan khalaf berepakat mengatakan Allah tidak sama dengan sebarang makhluk yg diciptakan Allah..Khalaf memahami ayat mutsyabihat dengan takwil ijmali dan takwil tafsili...manakala pihak salaf hanya mentakwil ayat mutashabihat dengan takwil ijmali sahaja....Bahkan menurut beliau,,Ibnu taimiah sendiri pun ada mentakwilkan beberapa ayat al-Quran dengan takwil tertentu...Bahkan sayidina ibnu abbas juaga telah mentakwilkan beberapa ayat al-Quran.....Kesimpulannya beliau amat bersederhana dalam menghadapi perselisihan pendapat antara kedua-dua pihak muslimin ini.....Wasssalam.

No comments:

Post a Comment