Saturday, November 17, 2012

Islam, Ilmu, Manusia

           Ugama-ugama lain (selain ugama Islam) menyimpang daripada ilmu dalam mengenali manusia yang sebenar. Manakala Islam ialah ugama ilmu. Islam dan ilmu berjlan selari..Oleh itu, boleh disifatkan islam merupakan hasil ilmu yang dikaji. Jalan yang dilalui dalam mencari ilmu akan berakhir dengan pengakhiran yang dihujungnya adalah Islam..Oleh itu, setiap manusia yag menuntut ilmu, tidak dapat tidak dia akan menagkui kewujudan Allah taala yang menciptanya dan sekalian makhluk yang lain. Yang akhirnya, dia terpaksa akur untuk beriman kepada Allah taala dan patuh kepada syariat-Nya.

        Dengan islam sahajalah, manusia dapat mengenali hakikatnya yang sebenar. Menurut Islam manusia  ialah sebaik-baik makhluk yang telah diciptakan Allah dengan ciptaan yang paling unik dan cantik berbanding dengan makhluk-makhluk Allah yang lain.  Islam telah menegaskan manusia berasal daripada tanah. Manusia yang pertama adalah nabi adam alaihissalam. Daripada nabi Adam, Allah mencipta Hawa sebagai pasangannya. Manusia adalah ciptaan Allah yang terdiri daripda 3 unsur utama ; iaitu jasad , roh dan kemahuan diri semulajadi yang bersifat kehaiwanan.

       Jasad adalah bentuk tubuh badan manusia, yang terdiri daripda anggota badan. Manakala roh pula adalah unsur ciptaan Allah yang hanya diketahui-Nya sahaja. Roh membentuk akal fikiran, roh juga membentuk rasa terdapat pada seluruh tubuh badan manusia, dan roh juga membentuk perasaan hati, sanubari yang dialami manusia. Manakala unsur yang ketiga merupakan titik persamaan antara manusia dan haiwan.

      Oleh itu, Allah mencipta manusia dengan begitu kompleks.Manusia perlu kepada petunjuk dalam menjalani kehidupannya. Petunjuk yang dapat memandu manusia hanyalah Islam. Islam sahajalah yang dapat menyeimbangkan ketiga-tiga unsur ciptaan manusia tersebut. Waalahua'lam.

No comments:

Post a Comment